Kementerian Pertahanan bersedia menggerakkan aset bagi menghadapi banjir besar sekiranya terjadi dalam tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu banjir akan diatasi secara bersama menerusi koordinasi kerajaan negeri serta agensi berkaitan.